Thursday, 19 May 2011

holiiidayyy.....!

lebat betul hujan ptg td, air melimpah-limpah kat atas jalan. basah jugak lar aku gan dibah meredah hujan time balik kelas td. sejuk~~~ tp seronok jugak jalan2 dalam hujan sambil sepak2 air. kih3....

sekarang nak cerita pasal aku punyer holiiidayyy... xjauh, dekat je, dalam negara, belum mampu nak terbang jauh2. kat mane? kat  KUANTAN. saje nak menyibuk kat rumah akak aku yg sorg ni. sebenarnya dah lama plan nak g sana, tp masa tak mengizinkan. time shortsem ni lar baru berkesempatan mnjenguk rumah akak. best duk sana, rasa mcm tak nak balik. hik3

plan punye plan... akhirnya, hari khamis mlm jumaat baru bertolak ke sana dgn menaiki bas. bas S.P BUMI. geram sikit time tunggu bas ni, dalam sejam jugak duk berdiri sambil menunggu bas yg tak kunjung tiba. dalam pukul 10.30 baru bertolak ke sana.... yeay!!!

~kajang~

perjalanan mengambil masa dlm 4 jam lebih. hobi aku bila naik bas ialah tdo, drpd xbuat apa2, baik aku tdo kn. tp, kali ni tdo kejap je. percaya tak??? mayb sbb terlalu excited kot. heeee =). sampai sana, akak aku dan kak mira datang ambil. mekasih yer, sanggup korbankan waktu tdo tuk ambil aku.
sayang korang lebih lar. haha.....
hari jumaat akak kerja, so aku duk rmh sorg2 lar.
tp kn, ada kawan baru.... byk lak 2, xcukup 1, ada 8 + 2. apa??? tgk kat bawah ni....

~8 hamster~

~2 tortoise~

benda ni lar aku tengok time kat rumah selain drpd tgk tv. mula2, geli nak pegang hamster 2, tp lama2 dah ok. comey lak kan. tp aku berani pegang time ada org lain je, kalau sorang2 tak nak lar. takut wey.... kalau dye gigit camne???? waaa....

malam plak, aku g pasar malam. dapat lah mkn nasi dagang, apam blk kecik, kerepok goreng. dah lama mengidam nak mkn ni. kalau kat sini, mane boleh mkn camni kalau xkuar kn. yeay... mkn lg!!! lepas 2, ktorg g fun fair. klakar sgt time masuk rmh hantu, lansung tak takut. kalau aku jd hantu 2, lg takut rasanya. hahaha. akak gelak tak brenti, sakit perut aku. hantu betul lah..... kih3. pas2, naik buaian yang pusing2 2. agak pening sikit, tp kesian kat org 2, sampai rumah terus tdo. pening sgt lar 2. aku dah penah naik buaian ni kat genting, sana lg best, lg besar, lg tinggi tp xpening sgt. teringat genting plak dh....

~hantu betul~

~kepala pusing~

hari sabtu, ke bukit gambang water park. ni yg paling best. suke2! dulu time aku blaja kat kmph, tempat ni belum siap sepenuhnya, so xsempat nak pergi time 2. puas hati dpt jerit2 dan gelak2 sampai kering tekak. first2, ktorg main kat tempat KIDS, best kat situ sbb byk air pancut. rasa mcm mandi hujan pun ad. 2 warming up ktorg sebelum meneruskan perjuangan. hik3.... pas 2, naik pelampung dlm 'longkang' dgn kak aini. aku pun tak tahu apa nama dye, akak yg panggil 'longkang', aku ikut je.... ~lalala~ lg main apa erk??? hah, ni pun best, kene jln jauh sikit dan naik tangga yg agak tinggi. DARK GALAXY, 
FASTES CRYSTAL dan FAMILY RAFT. 
time main ni plg kuat jerit, sbb takut!!! rasa mcm pelampung 2 nak terbalik je. time pelampung 2 rasa2 mcm nk terbalik, ktorg jerit sekuat hati, pas 2 gelak2.
 sgt seronok kn akak??? hihi. 

taniah kepada akak sbb memenangi 'RATU JERIT' hari 2. haish... kalau dye jerit, 1 gambang boleh dgr. hahahaha..... 6 kali jugak aku naik-turun tangga sbb nak main kat sini. penat!!! asal tak buat lif je??? hehe.... lepas 2, main kat COCO BEACH plak. ala-ala pantai siap dgn ombak lg. aku gan akak dah pelbagai gaya mendayung atas pelampung tuk sampai kat air pancut kat tgh2 2. penat jugak, tp berbaloi bila kene air pancut 2. suke2! sebelum balik, aku pergi sekali lg kat tempat KIDS tuk merasa terjahan air yg kuat dr mulut ikan yg BESAR. wah, dasyat betul. sakit kepala bila air 2 betul terjah atas kepala ni, sampai tertunduk aku. sempat lar 2 kali merasa air terjun ni...


~ here we are~


~ pelampung kami~


~ penat tp puas ~


~ disini KAMI mendayung~


~ menunggu air dalam ikan penuh ~ 


~ yeah, air terjun ~


 lepas penat main, makan2, siap2 then blk rmh. dlm pukul 3lbh jugak baru sampai.pesanan penaja : pergi awal2 skit, sbb kalau dah tgh hr xbest nak main, panas nanti. hehe. ptg 2 xbuat apa2, tdo je... errmmm... mlm plak, tgh AF sambil mkn nasi minyak. vote tuk hazama.... walaupun sebelum ni tak penah tgk konsert AF kn, ye lar... kat sini tgk tv pun jarang2 je.

pagi sabtu, pergi jln2 plak kat pasar kuantan. pusing2 beli makanan, beli air dan beli durian. dah lama tak jln2 kat pasar. dpt tgk ikan besar2 yg masih hidup lg, tp lupa plak nama ikan 2 apa... pastu, pergi beli tiket kat terminal jap. nasib baik tiket tak habis lg, kalau tak boleh sambung cuti lg. haha. bila semua dah lapar, ktorg g mkn kat rasa mas dlm ECM. bestnya mkn, mkn lg.... then, shopping. mekasih akak, blanje baju... 


~ sebelum~


~selepas~


lagi... lagi... lagi... aku pergi pantai. pantai baluk ke balok? lupe lak eja camne. xpelah kn. lepas akak blk kerja terus g sana, kejap je sbb dah lewat...

~ =) ~


~ mekasih yep ~

begitulah perjalanan holiiidayyy aku. dah malas nak cite pjg lebar. nyway, setinggi-tinggi ucapan terima kasih kpd akak, kak mira, kak aini dan sesiapa sahaja yg terlibat dlm holiiidayy aku samada scr lansung mahupun tidak lansung. jasa korg sgt3 dihargai. yeay!!!
syg korg lebih lar
hik3...


lain kali nak pergi lg bleh???
=)


3 comments:

Nik Nur Aisyah said...

mestilah bes.. tgk la hometown sape.. haha..

B A L O K.. is d rite spell... hehe..

cebisankenangan said...

yela2... hometown dye lar..

oo... ingatkan B O L O K...

hahaha....

Nik Nur Aisyah said...

yg B O L O K, empunya blog.. hahahaa... guro2.. huhu.. :P