Monday 5 November 2012

lapan puluh dua hari

Ahad, 04 November 2012. Hari yang mendung beserta awan-awan yang gem0k menunggu masa untuk menurunkan hujan. Cuaca yang sangat sesuai untuk 'memejamkan mata' sambil memeluk bantal busuk. Hehe. Itu saja nak cakap...

~meeting room~

Memandangkan hari ni mood agak baik ditambah pula dengan cuaca yang mengizinkan (ada kaitan dengan cuaca ke??? hahaha) saya dengan rela hatinya ingin meng'update' blog ini. jeng..jeng...jengg......

Ni haa... Nak cerita pasal 4 bulan yang lepas. 4 bulan yang lepas, dah lama waktu tu berlalu, dah jadi cerita basi, dah ingat-ingat lupa dan bermacam-macam 'dah' lagi. Tapi bi0r laa, cheq nak habaq jugak noo...

Selepas ditimbang sampai beberapa kilo, dipikir sampai masak ranum, aku telah mengambil keputusan untuk berpraktikal di Perbadanan Putrajaya. Kat mana? Mestilah Kat Putrajaya kan. Pejabat aku terletak di Presint 3, yang depan Istana Kehakiman tu. Tempat yang selalu lepak dahulu kala, macam tak percaya tiba-tiba dapat praktikal kat situ oiii. Aku diletakan di bawah Jabatan Perancangan Bandar, Bahagian Alam Sekitar, Tasik dan Wetland, Unit Tasik dan Wetland. So, tugas kat unit ni, menjaga dan memantau Tasik dan Wetland Putrajaya  dan juga menganjurkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan orang awam kat Tasik dan Wetland. Bila sebut pasal penglibatan awam, bukan senang tau nak anjurkan sesuatu program. fuhh.. penat lorh. Jom layan gambar pulak.... =)



Masa ni, kami ditugaskan menjaga booth Program Ekohidrologi Tasik dan Wetland bersempena dengan FLORIA 2012. Tiup belon dan bagi kat budak-budak yang lalu kat situ merupakan salah satu tugas kami. Senang kan. hehe.

Jumpa orang tingggiiiiiii kat FLORIA. Kami pon tinggi jugak sebab berdiri atas tuh... hehe. Sempat la jugak pusing-pusing kat tapak FLORIA. Siyesly, cantik sangat landskap-landskap yang di bina dengan bunga-bunga yang berwarna-warni. Pernah sekali pergi waktu malam, tengok bunga api, tengok bot berhias. Comel.

Makan Time. 
Makan-makan sempena selesai FLORIA. Ni pelajar-pelajar praktikal bersama staf-staf kat unit kami. Makan kat sini sedap, nanti ada masa nak pergi lagi. Ada orang nak belanja tak???

Kelas memasak bersama -------- serangga. Nak? hehe. Ni kat makmal (lupe dah nama apa) kat area Bangi.  Kami pergi belajar sorting serangga. Makmal ni milik ASMA Sdn. Bhd. merupakan salah satu kontraktor Perbadanan Putrajaya. Berpinau jugak lah mata nih duk menengok serangga yang kecil-kecil tuh.

Setelah sebulan berpuasa, sudah tiba masa untuk menyambut hari raya. Gambar ni masa unit kami sambut hari raya. One Big Family. Hureyyy. Suka sangat sebab banyak makanan. Kalau tengok koleksi gambar makanan time nih, mesti perasaan lapar datang.

Itu buah kiwi namanya. 
Ok, ada sesiapa nak buat menantu tak??? 
Sila hubungi mak saya. Hahaha

Bersama pelajar Mac Pherson Primary School, Singapore.
Lupa pulak, kalua tak silap, time ni mereka ada program melawat Putrajaya kot.


Program bersama pensyarah-pensyarah dari Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah. Kami ikut staf bawak mereka pergi site wetland dan empangan. Asyik jalan je. Heeee

Suasana bilik mesyuarat. Program bersama REDAC. 
Sungguh tekun mereka berbincang. Kami pula sungguh tekun mengambil gambar. 

'Gali laa lubang tu dalam sikit cik kak oii'. Haha.
Pertama kali merasa masuk ke dalam wetland bersama kasut phua chu kang. Gojes tak??? Ni juga salah satu program bersama REDAC. Kami masuk ke dalam wetland untuk mempraktikan cara penanaman tumbuhan wetland. Kamu tahu tak wetland tu apa? Ya, wetland itu bukan sawah eh. Wetland ni merupakan satu kawasan penapisan air sebelum air-air dari kawasan sekeliling dialirkan ke tasik. Tumbuhan wetland ni lah yang berfungsi untuk menyerap nutrien-nutrien yang berlebihan dan seterusnya mengalirkan air bersih ke Tasik Putrajaya. Sekarang dah faham? Good.

Nature Impretative Center or we call it NIC.
Banyak kali datang sini, tolong kemaskan bahagian unit kami. Tempat ni menarik, banyak info pasal tasik dan wetland. Nak masuk tempat ni kene bayar, lupa pulak berapa. Maafkan saya. Hehe

Waktu bermain kami sambil menunggu sesuatu yang tak pasti.

Alamak. Dah lupa nama budak comel dan berat nih. Tak larat nak dukung lama-lama.

Hari terakhir kami. Dapat hadiah, sijil dan coklat. yummyy. Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada  bos, penyelia dan staf-staf yang banyak membantu kami di sini.

Cenderahati untuk staff. 
Ditempah jauh dari Negeri Sembilan. Dibungkus di dalam kereta sampai poning-poning kepalo ni haa. Tapi apa laa sangat kalau nak dibandingkan dengan jasa mereka kan. Hihi.

Begitulah sedikit-sebanyak pengalaman yang dapat dikongsi semasa menjalani praktikal. Seronok praktikal kat sini. Dapat la merasa pusing satu Putrajaya, pusing semua wetland, naik Cruise pusing tasik dan macam-macam lagi. Tak habis kalau nak cerita kat sini. Hehe. Oh, jangan tersilap, saya kat sini berpraktikal bukan bercuti kat Putrajaya. Ngeh3.

Selamat maju jaya.
Sekian.
Berakhir cerita Lapan Puluh Dua Hari.


Pesanan : Pilihlah tempat praktikal yang sesuai, jangan tersalah pilih, nanti merana.

2 comments:

Nik Nur Aisyah said...

Om.. nom nom~~ haha..
wah2.. bestnyerr la hoo ksana kmari d putrajaya.. :)

lorr.. xtau pon ain LI kat bgunan dpan istana khakiman tu. kelas uolss! hewhew.. :)

cebisankenangan said...

duk sana asyik jejalan je la..

khelass ko syah..
ehehee....
=)