Sunday 25 December 2011

macam-macam ada....

disebabkan dah lama tak meng-update blog. macam-macam cerita yang aku tulis dalam entri kali nih. kepada yang malas nak baca, tak payah baca lah. baik ambil bantal, pergi tido. lagi sodap ah...

let the st0ry begin.
pejam celik, pejam celik... akhirnya dah sampai di penghujung sem 5. study week dah mula, tapi aku tak start study lagi sebab nak selesaikan 1 lagi assigment. assigment yg kene buat sebijik mcm tesis, yang banyak ambik masa, keluar masuk lab. waaa... penat tau. tp, alhamdulilah... semua keje lab dah siap, cuma ada 1 lg yang belum pasti, kalau tak jadi, maksudnya kene masuk lab balik lar... hahaha. sukenye...

kejap jew sem ni berlalu, yelah, bulan 9 hari tu baru masuk kn... baru jew 4 bulan blaja, dah nak final. patut lar sem ni kelam kabut skit, buat tu buat ni.... mcm2 buat kn... aku tahu, bukan aku sorang jew, orang lain pun sama. semua assigment dah hntar, tinggal 1 jew lg, tu pun kene hantar sebelum exam, so ada lagi masa nak buat.... so ada masa lg nak main2 kn. =D

sebelum berakhirnya sem ni, nak cite2 skit apa yang berlaku sepanjang sem ni. ok, semua orang tau yang tahun ni adalah tahun akhir or bak kata org putih dah final year. start jew final year, semua orang dah touching2, nak2 clasmate aku. ada je plan yang nak buat. dan ayat yg biasa di dengar ialah... "kte dah tahun akhir, bila lagi??? nanti dah susah nak jumpe.. jom lar..."  haaa.. bila keluar jew ayat nih, dah susah hati kalau nak tolak kn. okey, fine. (dengan senyuman) I ON jew... =)

~makan2 dan makan lagi~

time ni keluar makan dengan clasmate sambil sambut birthday aku dan nisa. tapi dah dapat agak coz semua birthday clasmate ktorg akan sambut. boleh kata setiap bulan jugak lar ktorg sambut birthday botanist nih. alang2 dah sebut pasal birthday nih, aku nak ucap terima kasih jugak kpd kawan2 yang wish, yang bg kek, yang bagi hadiah, yang belanja mkn, yang bagi rambutan, yang doakan aku dan semua skali lah yang korang buat time birthday hari tuh... lots of memories dgn kwn2.

~special kan... home made lagi~

yang paling best "lepak king" kat putrajaya. time ni pun ngah sambut birthday beberapa orang clasmate aku. lepak2 sambil makan domino's pizza dan kek. sebenarnya plan nak guling2 kat atas padang tuh, tapi entah kenapa malam tu, tutup plak. so, duduk lah beramai2 kat tgh2 tuh. segan jugak, kiri kanan jalan, tapi disebabkan kuantiti ktorg ramai, buat jew muka tak malu sambil main lari2 baling kek. haha...

~tak sampai jugak hajat nak guling2 kat sini~

~dah mcm majlis berbuka puasa~

~yummy~

~hb~

~botanist family~

setelah perut kenyang2, setelah selesai sesi fotografi sambil lompat2, sambil kaki terangkat, setelah selesai sesi suap menyuap. kita beralih ke sesi seterusnya. game time!!! seronok main kotak beracun atau nama baru 'beg dslr beracun'. dah lama sangat tak main game nih kan. dan nasib sangat menyebelahi aku sebab dapat soalan mcm makan kacang jew. dapat jawab dengan tenang, dengan dada yg lapang dan dengan senyuman lebar lagi. konfiden mcm jawab exam.. bertuah2. antara soalan2 yang kawan aku dapat, yang membuatkan aku garu2 kepala walaupun tak gatal kalaulah aku kene jawab:

"nyatakan nama ex-gf/bf anda yg paling latest & bila tarikh anda clash"
(untunglah kalau masih ingat tarikh clash. hmmm)

"antara semua guys dlm botanist, yg mane paling anda suka & nyatakan kenapa"
(susah nak buat pilihan, aku suka semua lah. tamak punya pasal. haha)

"siapa yg plg anda benci dlm family botanist"
(mati hidup balik, aku tak kan jawab, tapi... main game pun kene jujur kan)

"buat gaya baby mintak susu"
(alololo.... comelnye)

"buat gaya pondan ngah cari pelangan"
(aksi kawan aku : abanggg... jom masuk hutan. haha, guling2 ktorg gelak)

"pilih seorang guy/gurl dan ucapkan I luv U dengan sepenuh hati"
(sweet sangat kan)

~ tu lar beg dslr beracun~

lebih kurang camni lah soalan2 malam tu. ada banyak lagi, tapi dah lupe lah. nak tau soalan yg aku dapat tak??? tak nak... okey2, mmg tak nak bagitau pun. haha. eh, jap2... ni kan blog aku, so aku nak bagitau jugak. senang jew soalan tu "nyatakan result upsr & spm anda". haaaa.. senang kan sambil tdo pun boleh jawab. fuhhh... terselamat aku dari soalan berbahaya. untunglah kan...

lagi... lagi.... sambil fikir panjang. pergi mana lagi eh??? haaa... dah ingat. time ni g jalan2 dgn aweks2 cun kat KL pastu g mkn2 kat.... apa eh name tempat tu. hmm, lau tak silap 'point of view'. maaf kalau silap. haaa.. lebih kurang mcm tu lar... cantik sgt tempat tu, boleh lihat 1 KL yg bercahaya, berkelip2 dan bergemerlapan gitu... alah, tempat yg biasa drama2 melayu shooting, kat tepi bukit tuh. ingat x??? yang tu lah. kalaulah rumah aku kat situ, mesti tiap2 malam dihabiskan sambil termenung melihat keindahan malam. "cantiknya ciptaan TUHAN". jiwang2 tak main lah kan. huwahahaha...

~ 3 aweks cun melecun, tidak termasuk aku~

ni lah gambar tunggal yg ada pada aku. yg lain semua ada pada cik cun yg sorang nih. cik adik manis nik nur aisyah, hamba di sini mahukan gambar2 nih. bila nak kasi???... cantik kan view kat belakang tuh, sila abaikan manusia2 yg dihadapan. haha. tempat makan kat sini eksklusif jugak. and bila pandang2, jeling2 kat sekeliling, mostly foreigners atau mat saleh yang makan kat situ. yg penting kami tetap rakyat malaysia. eh, ada kaitan ke???

 and for the latest one... paling fresh mcm baru keluar dari peti ais ni hah.... ktorang berombak-ombak kat midvalley. takyah berombak2 sgt lah. hahaha. kenapa berombak pulak nih??? sebab ktorg tgk ombak rindu. hmm, bagi aku cite tu biasa2 aje. aku pun tak faham kenapalah kawan2 aku duk sibuk cite yg dyeorg nangis2 tengok cite tuh. mungkin aku yg tak tengok dengan sepenuh perasaan kot. apa kes nak nangis2 dalam panggung wayang, wat malu je beb. ayat cover tak leh blah. kuang3... 

walaupun cite nih dah lame keluar, tp seat still penuh, so terpaksalah ktorng berpisah seketika. haaa..... masa tengok cite nih, ada 1 family kat barisan depan aku... parents dengan dua org anak. masa tgh syok2 layan cite tuh, salah sorg budak tu cakap, " umi nangis"... hehehe. aku pun terus pandang kawan sebelah sambil senyum2 kucing. best jugak kan tengok wayang dengan family. nantikan... nantikan... nak bawak anak2 pergi tengok wayang cite kat0on lah. ish3, berangan lagi...

almaklumlah... time tu nak dekat krismes. so banyak lah pokok krismes yg tersadai kat mid tuh. ktorg pun ape lg, bukak beg, ambil kemera and posing lagi... mmg dah jadi hobi pun. syokkk sangat makan aiskrim mcflury oreo tuh... lagi sedap kalau kurang manis kn... hmm. ada ke aiskrim tak manis??? ada2, buat sendiri lah kat rumah. hik3


~ni lah puteri2 cun peneman setia~

~yeah... akulah ada pokok~

~mereka~

~nur tu penting... ngeh3~

~dye & pokok itu~

~anak sape lah makan dlm kuali~

~let it snow~

nak dengar cite lagi... udah2 ler... dah penat nih... panjang lebar duk cite. dah  tak ada idea lagi... begitulah cite untuk sem nih. blog dah update, facebook pun dah muak tengok muka aku and aku pun dah bosan jd stalker kat facebook tuh. so xde alasan lagi tuk malas2 buat assigment and study tuk final lak kan cik aien... tahun baru pun hanya tinggal beberapa hari lagi, dah boleh start fikir2 azam dan angan2 untuk tahun baru 2012 nih. apa eh??? fikir dulu.... k lah, adios!!!


redha itu ikhlas
pasrah itu menyerah

3 comments:

Nik Nur Aisyah said...

uuuu... jeles tgk korg berjimba lepaking kat putrajaya tu..

nnt time cuti sem kite transfer gmbr2 yek..

slmt berakhir sem, bertahun baru, ber'assgmnt, ber'exam dan ber'tesis. kita da final yera la.. lol! :P

cebisankenangan said...

xyah jeles.. kte pun boleh.. hihi

okey..

selamat2 jugak.... gudluck 4 final exam... & final sem, here we are.... hehe

Nik Nur Aisyah said...

yeay yeay yeay!!!

dlm hati...

cuak cuak cuak!!!