Thursday 19 April 2012

edisi kejar mengejar


hello world,
we meet again.

hari ni rasa sedikit lega selepas manghabiskan 2 paper midsem semalam aka hari rabu. yer... 2 paper. 8 pagi (sumber genetik) dan 8 malam (ekologi pengurusan sumber). boleh bayang kan macam mane kalau ada 2 paper dalam masa 1 hari. memang study kaw-kaw, nak2 bila hari ahad baru nak start study. memang terbaik. tu lah, sape suruh study last minit. tepuk tangan untuk diri sendiri.... yeay! 

penangan exam pukul 8 pagi, malam sebelum exam tu dah tak boleh tdo. study punye study sampai pukul 4 pagi, lepas tu ingat nak tido kejap, mata je yang terpejam, tapi fikiran terbayang-bayang nota yang tak berapa nak banyak tuh. hmmm.... sampaikan tertunggu-tunggu bila lah alarm fon nak bunyi. bila alarm dah bunyi pukul 6 pagi, terus cepat2 pergi mandi. haaa, itulah gaya  orang nak exam. tapi aku je lah yang macam tu. EXAM punye pasal. stop!

hari ni macam biasa lah... xtvt normal aku --> pergi lab MBT kat atas puncak bukit tu. korang pun tahu berapa kejauhan dye kalau jalan kaki kan3. aku anggap itu macam exercise lah ala-ala macam bersukan dan bersenam jugak. hahaha. over! lepas pergi hantar sampel kat makmal fst baru, menuju pula ke MBT. jalan macam biasa, sorang-sorang sambil menghirup udara pagi yang nyaman gitu... hehe. macam biasa lagi, berjalan melalui taman paku-pakis......................... and nak dijadikan cerita. tiba-tiba..........

ada EDISI KEJAR MENGEJAR hanya beberap langkah je dari depan aku. terkejut! hampir tersedak susu duthlady coklat yang aku minum. terpaku seketika, hanya mata je yang terkelip-kelip. jantung berdenyut kencang. haish, betul ke ni? macam mimpi pulak. disebabkan halaju benda tu yang sangat laju, dalam sekelip mata je benda tu dah hilang.... woo, kalau ada jpj, memang kena saman. haha, buat lawak pulak. 

aku rasa korang boleh teka apa kan... kalau dalam bahasa yang sopan bermula dengan *k. ye, ada 2 ekor. aku rasa dye sedang lumba lari kot.... nasib baik tak terlanggar aku. haish, lepas pastikan keadaan selamat, aku terus je berjalan dengan harapan benda tu dah tak ada. kejap-kejap pusing belakang, takut-takut benda tu ucap hello ke dari belakang. memang menjerit lar aku.

uh... tetiba benda tu melintas lagi dengan halaju yang sama. tapi kali ni dengan lebih dekat. ye, dekat sangat. hanya beberapa langkah je. benda ni tengah maraton ke hape ntah? sebelum ni cover-cover je buat tak nampak, tapi dah sampai 2 kali. Tuhan je tau betapa takutnya aku, jantung pun dah macam nak terkeluar, dan time tu dah badan aku dah start shaking........  terdiam aku sorang-sorang. lepas tu, tarik nafas dalam-dalam dan terus jalan cepat-cepat. nasib baik dah nak sampai, kalau tak memang aku patah balik.

*oh, jauhnya kalau nak lalu ikut amin....

2 comments:

Nik Nur Aisyah said...

asal x juin marathon???? haha..

p/s: take care ye awak.. :P

cebisankenangan said...

laju sgt, xsempat nk kejar.. hehe.

baik awk. Insyallah sume selamat.