Friday 13 April 2012

mampu ker???

selamat petang.

dah hampir satu minggu duk pejam celik-pejam celik kat ukm nih. kejap je rasa. orang lain tengah syok2 berhoneym0on kat rmh kan. yelah, cuti pertengahan sem. sape yang tak nak blk.... grrrr.  hari ni dah jumaat, so nampaknya dah tak sempat nak balik rumah. fuhh, tak pelah. tunggu bulan 5, kalau sempat balik lah ye cik aien. setakat ni Alhamdulilah, kerja2 lab berjalan dengan baiknya, tadi pun dah selesai 1 masalah. harap2, lepas ni dah tak ada masalah lagi... senyum.

dan menjadi perkara biasa bagi budak last year... ye mcm kita lah. kan3... hehe. apa dye??? hmm... sekarang ni timbul perasaan berkobar-kobar untuk sambung master. haaaa.... tu yang nak di cerita sebenarnya. tapi persoalanya.. MAMPU KER??? tadi dah start usha2 website PPS (http://www.ukm.my/pps/). banyak info dapat kat situ mcm senarai program yang ditawarkan dan yuran pengajian.... yuran dye boleh tahan... kalau aku punye, dalam 7K jugak... mak aii, mane nak cekau duit tuh.... lau dapat scholarship untunglaaa kan.

kalau nak sambung belajar mesti nak ada transport kan... paling kurang m0t0. yelah, nanti nak pergi sana, situ, sini. kalau jalan, kering lah jawabnya. kene mintak tajaan nih.... akak, bagi kete sebijik, myvi p0n jadilah... kalau dapat honda jazz (kete idaman) lagi bagus. hahaha.... tersedak kakak aku kat rumah. adoyaii, bertuah punye adik... ihik...ihik2.... tu baru pasal transport, tak termasuk penginapan lagi. rasa better duduk luar, sebab kawan ada cakap, kos penginapan tuk budak siswazah kat kolej ukm ni lagi mahal. aku pun tak tahu kenapa. macam tak adil pulak kan... n0 c0ment.

sebenarnya, hati dah berkenan dengan program biological conservation. macam best je program tu. tapi, ni untuk coursework. hmm, coursework ni mcm kita belajar degree sekarang, ada banyak kelas, banyak assigment dan banyak presentation dan banyak2 lagi... bz jugak dengar cite.. hah, mcm tu lah. kalau secara research, kita kene buat kajian sendiri, yang ni lebih banyak kepada kerja2 lab. aku pun still confuse nak pilih yang mane. kalau pilih coursework, boleh cepat2 grad, dalam setahun je Insyallah settle. tapi, kebanyakan research, ambil masa 2 tahun. tu lah, kelebihan dan kekurangan dye. senyum lagi

tapi kan... dah berapa banyak tapi pun tak tau. hehe... tak semestinya, sambung kat ukm kn? boleh je mintak u lain, banyak lagi pilihan. umt k? dekat dengan rumah. jimat dah kat situ. tak pun kat oversea k? angan2 je lebih. hehe lagi. kat mana2 pun okey, asal niat yang baik. =)

jom sama fikirkan masa depan. nak kerja or nak sambung belajar. 
pilihan di tangan anda. anda mampu mengubahnya. over sangat!


3 comments:

Nik Nur Aisyah said...

hehe.. aien, sambung la! bgge i ad mmber smbung master.. kui kui. i plak keinginan smbung master da pudar.. nk hbis degree pon da tercekik da. duet x hado.. result pon ckup2 mkn je... cmno??? hahaha...

cebisankenangan said...

uihhh... kalau syah nak sambung boleh je, mane tau rezki buat master lg murah kan... hihi

i pon tgh pk lg.... susah nak buat pilihan ni. hehe

Nik Nur Aisyah said...

hahha.. tgk la dlu. tp, rse cam da x bminat. huhu..